Fenomena Fasa-Fasa Bulan
- Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke mata kita.
- Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi.
- Bulan berputar pada paksinya dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
- Bulan beredar mengelilingi Bumi juga dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
- Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebakkan kita sentiasa melihat permukaan Bulan yang sama.
- Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan.
- Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah dengan masa. Ini menyebabkan fasa Bulan:
- Bahagian permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi disebut anak bulan.
- Sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan sabit.
- Separuh bahagian permukaan Bulan yang terang menghadap Bumi disebut bulan separa.
- Keseluruhan bahagian permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan purnama.
- Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.
- Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.